POKOK KAPAL TERBANG
Semasa perjalanan balik ke rumah dari
kelas, saya dikejutkan dengan satu berita bahawa abah mengalami kecelakaan kerana
tersepak besi. Walaupun bagi sesetengah orang luka di jari kaki sepanjang 1
inci adalah perkara biasa, namun buat penghidap diabetis, ia sebaliknya.
Saya telah mengarahkan adik untuk membawa
abah ke hospital, namun abah berdegil tidak mahu ke hospital. Keadaan panik
berlarutan sehingga 10 minit, pelbagai cara digunakan untuk menghentikan darah
daripada menggunakan ubat gamat sehinggalah emak ambil keputusan untuk
menggunakan daun pokok kapal terbang. Alhamdulillah darah dah pun berhenti.
Seingat saya, semasa zaman kanak-kanak,
saya juga seringkali menggunakan daun pokok kapal terbang untuk menghentikan
darah untuk luka-luka kecil, maklumlah zaman kenakalan terserlah, he3
Jom
ketahui sedikit fakta mengenai pokok ini…
Pokok kapal terbang atau nama saintifiknya,
Chromolaena odorata (L) R. King & H. Robinson sejenis tumbuhan renek ynag
bercabang. Tumbuhan ini berbatang lembut ketika muda dan beransur-ansur menjadi
bergabus ketika matang dan tua.
Pokok ini berasal dari kawasan tropika Amerika Tengah dari florida
ke Argentina. Kini, pokok ini tersebar ke Asia, India, Indochina, Asia
Tenggara, barat, Afrika Tengah dan Selatan
Ciri-Ciri pokok;
·
Megeluarkan
bau/aroma yang tidak menyenangkan apabila daun diramas
·
Biji-biji
yang halus dan ringan
·
Agen
penyebarab oleh angina dan kadangkala melekat pada badan atau bulu haiwan
Penggunaan:
1)
Daun
ditumbuk atau ditumbuk dengan daun sirih, daun diramas dan dihancurkan,
diletakkan air liur, dipupuk pada tempat luka untuk memberhentikan pendarahan
2)
Rebusan
akar boleh merendahkan suhu ketika demam, merawat cirit-birit, radang usus,
buasir, kembung perut dan sakit tulang
Kajian
saintifik yang dilakukan contonya pada haiwan makmal
1) Penyembuhan
luka- ekstrak daun
terbukti boleh menyembuhkan luka dengan mengawal dan memberhentikan enzim
dehidrogenasi pada organisma patogen yang terdapat pada luka. Ekstrak daun ini
juga dapat merencatkan pertumbuhan organisma pada tempat luka dan menghasilkan
tisu baru.
2) Pengawalan
aras glukosa- ekstrak daun
ini berjaya menurunkan paras glukosa pada darah arnab setelah diberikan
suntikan glukosa berkepekatan tinggi
3) Berfungsi
sebgai penahan sakit,anti radang dan menurunkan suhu. Penggunaan ekstrak etanol daun ini dapat
menahan kesakitan jetika didedahkan pada kepanasan. Bahan kimia flavonoid yang
terdapat dalam daun ini menyumbang kepada pengurangan keradangan dan juga boleh
mengurangkan suhu ketika demam
4) Merencatkan
pertumbuhan bakteria-penggunaan
ekstrak etanol daun ini boleh merencatkan pertumbuhan dan membunuh bakteria
seperti Bacilus subtilis, Streptococcus,
aureus dan Salmonella typhimurium
5) Merencatkan
pertumbuhan mikroorganisma-
kehadiran bahan kimia pada daun seperti kumarin, flavonoid, fenol, tanin dan
steroid boleh merencatkan pertumbuhan mikroorganisma kulat patogenik seperti Cryptococcus neoformans, Microsporum
gypseum, Trichophyton meteagrophytes dan Tricophyton rubrum
6) Menyahaktif
dan membunuh cacing parasit-ekstrak
petroleum eter dan etil asetat daripada daun boleh menyahaktif dan membunuh
cacing seperti cacing gelang, cacing rambu,cacin kerawit, cacing jarum dan
cacing pita. Spesis ini hidup didalam salur pemakanan dan membawa penyakit
kepada manusia
7) Merencatkan
pertumbuhan sel barah-
bahan kimia flavonan daripada ekstrak bunga pokok kapal terbang dilaporkan
boleh merencatkan pertumbuhan sel barah. Penggunaan ini terbukti merencatkan
dan membunuh sel barah paru-paru dan payudara manusia
8) Mengurangkan
risiko penyakit seperti
Parkinson, Alzheimer, barah, kencing manis, penyakit jantung, sakit sendi dan
melambatkan penuaan. Hal ini terjadi kerana pokok ini kaya dengan antioksidan
yang kaya dengan sumber fitokimia seperti alkaloid,tannin,flavoid dan sebatian
felonik.
Penggunaan pokok ini di negara lain
·
Afrika-digunakan
sebagai baja untuk mengembalikan kesuburan tanah
·
China-digunakan
sebagai sumber bahan api kitar semula
·
Filipina-penghasilanjus
mentah boleh mengawal dan membunuh anai-anai
· Vietnam-teknik
semburan daripada ekstrak akuas daun ini dapt menurangkan jangkitan kulat
seperti rhizoctonia solani, Pyricularia
oryzee dan Bipolaris oryzae pada
penanaman padi
Sumber: Beng Jin Chee ; Pokok Kapal Terbang
Rumpai yang Dibenci daripada http://www.academia.edu
Kesimpulannya, pokok kapal terbang yang
tumbuh meliar di kawasan lapang dan hutan dinegara kita membunyai bayak khasiat
didalam bidang perubatan dan juga pertanian. Oleh yang demikian, pokok ini
boleh dibangunkan menjadi satu produk kesihatan yang bermanfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment